Leave a Comment

Kerana Sayangkan Kucing Sanggup Berhutang Keliling Pinggang

 

ABU DHABI – Sayang binatang membuat Sabiq – seorang lelaki di Abu Dhabi – terjerat hutang.

Betapa tidak. Setiap hari, Sabiq akan memberi makan sekitar 425 ekor kucing liar.



Untuk tujuan itu, dia berhutang melalui kad kredit, pinjaman bank, pinjaman kilang makanan untuk memastikan semua kucing berkenaan dapat makan yang secukupnya.



Akibatnya, dia terlilit hutang dan mengalami masalah kewangan. Bahkan, dia tak boleh menemui anaknya kerana tidak mampu memiliki tiket pulang ke India.



“Isteri saya bertanya tentang situasi kewangan saya. Dia tahu saya memberi makan kucing, tetapi dia tidak tahu saya menghabiskan seluruh gaji saya untuk memberi makan kucing-kucing liar itu. Saya mungkin akan kehilangan pekerjaan jika syarikat tahu saya banyak berhutang, “katanya kepada laman Emirates.


Namun Sadiq terus memberi makan kucing.

Tahun lalu, kerajaan Abu Dhabi membuat penampungan kucing, namun tak mampu menampung semua kucing-kucing itu. “Jika saya berhenti memberi makan, kucing-kucing itu akan mati.

“Sekarang jumlahnya hanya 425, seharusnya boleh lebih daripada itu,” katanya.

Sadiq mengaku tidak dapat membayangkan dia tidak lagi memberi makan kepada kucing-kucing walaupun untuk satu hari.



 
Namun, kecintaannya terhadap kucing itu mulai menamakan kesan buruk. Hutangnya bertambah dan keluarganya di India curiga ke mana dia menghabiskan seluruh gajinya.

“Saya juga mempunyai 14 kucing di rumah saya,” katanya.


Sabiq menghabiskan lebih dari 70 peratus gajinya untuk memberi makan kucing-kucing liar itu. Ada beberapa orang yang membantu Sabiq, namun dia tetap terus bergelumang dengan hutang yang semakin bertambah.

Marion Koot, rawatan pengambil haiwan Belanda di Abu Dhabi telah mengambil inisiatif cuba mencari sumber dana untuk Sadiq. “Ini akan membolehkan Sadiq untuk melepaskan hutangnya, tapi sangat sukar untuk mencari sponsor yang cukup untuk menutup kos,” katanya.

0 comments:

Post a Comment