Leave a Comment

Kenapa Wanita Medan Menjadi Idaman Lelaki Malaysia??




Gambar gadis-gadis Medan yang cantik dan menggoda.












Asalkan berpoket tebal, segelintir keluarga wanita di sini sanggup bermenantukan lelaki Malaysia tanpa terlalu memikirkan faktor rupa dan usia, walaupun anak perempuan mereka dilayan umpama isteri bulanan selain berstatus isteri kedua, ketiga, malah keempat.

Yang penting, nasib anak gadis mereka terbela selain dapat menumpang sedikit kemewahan melalui bayaran nafkah yang dihantar secara bulanan iaitu kira-kira sejuta rupiah (RM320) dan perkahwinan itu didaftar secara sah di sini.

Bagaimanapun, tidak siapa tahu gelora si isteri yang hanya bertemu suami dua atau tiga bulan sekali, menyebabkan ada antara mereka sanggup berlaku curang atau digelar selingkuh oleh warga tempatan.

Senario merisaukan itu terbongkar berdasarkan siasatan wartawan Metro Ahad yang berkunjung ke Medan selama seminggu selepas mendapat maklumat, semakin ramai lelaki Malaysia berkunjung ke sini secara senyap-senyap untuk berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri pertama.

Lazimnya, perkahwinan pasangan seperti itu bahagia pada peringkat awal sebelum berdepan masalah selepas perkahwinan rahsia berkenaan diketahui isteri pertama.

Pakej dimiliki wanita Indonesia, terutama dari Medan, mencakupi senarai kriteria wanita idaman segelintir lelaki tempatan.

Tidak hairan, ada lelaki Malaysia sanggup berulang-alik ke Indonesia semata-mata untuk mencari jodoh menepati ciri-ciri diingini daripada gadis seberang.

Pakar Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, perawakan wanita Medan yang manis, lemah-lembut dan bersopan-santun menyebabkan ramai lelaki tempatan tewas dengan ‘X-factor’ atau kelebihan itu.

“Biarpun lelaki tempatan sentiasa mengikuti peralihan zaman dengan hidup gaya moden dan boleh menerima hakikat bahawa pemikiran serta tingkah laku wanita kini berbeza, mereka masih berfantasi memiliki pasangan yang patuh dan tidak pernah berkata tidak kepadanya.

“Lelaki mempunyai senarai panjang mengenai wanita idaman. Mereka mahukan isteri setia melayan dan tidak pernah mempertikaikan setiap tindak-tanduk mereka.

“Ibaratnya, lelaki mahukan layanan gah seperti raja di rumah, kepuasan itu mungkin diperoleh daripada pasangan dalam kalangan wanita Medan yang masih menebal sikap hormat kepada suami,” katanya mengulas isu berkaitan lelaki tempatan gemar mengahwini wanita Medan.

Beliau berkata, kelebihan berwajah ayu serta penerimaan keluarga wanita kerana percaya dengan kemampuan lelaki Malaysia menyara kehidupan keluarga membuatkan perkahwinan dua negara itu berjaya.

Oleh : Oleh HADZLAN HASSAN

0 comments:

Post a Comment