Oscar Aguilar
TINDAKAN seorang doktor haiwan merakam gambar selfie dengan aksi bersama sepucuk pistol membawa padah apabila dia maut tertembak diri sendiri di Mexico.
Mangsa, Oscar Aguilar sebelum ini dilihat agak teruja berselfie sehingga merakamnya apabila bertemu setiap benda yang dirasai kelainan seperti kereta sukan mewah, motosikal berkuasa tinggi, dan sesuatu yang menarik perhatian wanita.
Bagaimanapun, obses lelaki warga Mexico itu memakan diri apabila dia meminjam sepucuk pistol untuk merakam selfie terbaru.
Jirannya, Manfredo Paez, 57, memberitahu, dia terdengar bunyi letupan sebelum terdengar jeritan.
Jelasnya, apabila tiba di rumah pemuda berkenaan, dia mendapati mangsa berada dalam keadaan kesakitan kerana tertembak.
Polis memberitahu, mangsa yang mati ketika dalam perjalanan ke hospital tidak mengetahui bahawa pistol yang dipinjam mempunyai peluru. “Ketika kami sampai di situ, Aguilar masih hidup,” menurut pihak polis.
Aguilar bagaimanapun disahkan mati di tempat kejadian dan mayatnya kini menunggu dibedah siasat, lapor akhbar Excelsior.
Menteri Keselamatan Awam berkata, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan.
Difahamkan, Aguilar mengambil selfie untuk dimuat naik ke Facebook.
Rakan Aguilar, Omar Abner Campor Vives ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘El Paco’ menghilangkan diri.
Gambar dimuat naik ke Facebook Aguilar sebelum ini banyak menunjukkannya bersama minuman keras serta bergambar di dalam beberapa kereta mewah.
0 comments:
Post a Comment