Leave a Comment

Gadis Bunuh Diri Kerana Muka Ditumbuhi Jerawat





UNITED KINGDOM – Seorang gadis bertindak membunuh diri dengan menggantung dirinya selepas tertekan apabila muka dan badannya ditumbuhi jerawat yang banyak.

Melissa Martin-Hughes, 18, yang masih lagi belajar di sebuah sekolah menengah di UK pernah mendapatkan rawatan untuk mengatasi tekanan diri yang berpunca dari masalah jerawat yang dihadapinya.

Episod ‘gelap’ dalam hidup gadis muda itu bermula ketika dia berumur 14 tahun dengan pertumbuhan jerawat yang banyak di wajah dan sekitar badannya.



Akibat tidak tahan dengan keadaan ditumbuhi jerawat, Melissa telah berjumpa dengan doktor bagi merawat jerawatnya itu dan diberi ubat jenis Roaccutane bagi mengurangkan gejala jerawatnya.

Keadaan jerawatnya berkurang selepas dia mula menggunakan ubat tersebut tetapi tidak bertahan lama apabila dia sekali lagi mengalami tekanan ketika melakukan persiapan menghadapi pereperiksaan peringkat tinggi.



Melissa dikatakan cuba untuk membunuh diri di East Sussex pada Ogos 2009 sehari sebelum keputusan peperiksaan peringkat tinggi keluar tetapi cubaan itu gagal dilakukan.

Selepas dari cubaan pertama itu, Melissa telah diletakkan di bawah perkhidmatan kesihatan mental tetapi tidak dijaga dan diberi rawatan mental yang sepatutnya apabila doktor yang ditugaskan untuk merawat kesihatannya bercuti selama  dua minggu dan tiada sesiapa diarahkan untuk mengambil alih tugas doktor tersebut.



Akibat keadaan Melissa bertambah teruk dengan tidak mendapatkan rawatan dari doktor, bapanya, Donald Huges cuba menyuarakan keadaan anaknya dan berharap rawatan Melissa diteruskan teapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak hospital.



“Saya berasa kecewa apabila rawatan Melissa untuk mengawal tekanan emosinya terhenti dan tiada seorang doktor yang diarahkan untuk menggantikan doktor yang sedang bercuti itu. Melissa juga selalu mengadu kepada doktor yang dia kerap merasa letih dan emosi terganggu, tetapi tiada rawatan lanjut dari doktornya,” kata Hughes dalam Daily Chilli.



Mayat Melissa ditemui di Pittville di Cheltenham, Gloucestershire, tujuh bulan selepas tarikh akhir dia mendapatkan rawatan kesihatan mentalnya.



Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment