Gambar ‘Acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014’
Gambar-gambar dari video ‘'Malaysia Nude Sports Games 2014' in Teluk Bahang’ Pulau Pinang yang dimuatnaik ke laman sesawang Vimeo.
Video kontroversi 'Malaysia Nude Sports Games 2014' in Teluk Bahang, Pulau Pinang yang tersebar di Internet itu memaparkan kegiatan nudis, yang antara lainnya membuat aktiviti mengecat badan, dan pertandingan menari dan sukaneka dalam keadaan bogel.
Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat itu sekumpulan kira-kira 20 individu terdiri daripada lelaki dan wanita berbogel sambil menjalankan aktiviti di Teluk Kampi, Teluk Bahang, di sini Jun lalu.
Terdapat juga video yang berdurasi 5 minit 25 saat yang dimuat naik bertajuk 'Malaysia Nude Sports Games 2014' (Acara Sukan Bogel Malaysia 2014) merupakan video versi penuh.
Terdapat beberapa lagi video pesta bogel turut dimuat naik pemilik akaun itu sejak beberapa bulan lalu.
Latar belakangnya kelihatan seperti Taman Negara Hutan Simpan di Teluk Bahang. Pihak berkuasa Taman Negara mesti menyiasat perkara tersebut dan meneliti rekod pendaftaran mereka untuk memastikan jika terdapat mana-mana kumpulan yang dilihat menganjurkan acara nudis seperti ditunjukkan dalam video berkenaan.
Adalah dipercayai acara tersebut berlangsung kira-kira tiga bulan lalu. Proses untuk memeriksa rekod tersebut mungkin memakan masa kerana lokasi tersebut menerima 50,000 pengunjung.
Adalah diharapkan agar individu yang bertanggungjawab merakam video tersebut tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara itu.
Acara tersebut tidak mungkin dijalankan secara rahsia atau di lokasi eksklusif memandangkan kawasan Hutan Simpan Taman Negara itu boleh dikunjungi pihak awam.
Kita juga berharap supaya video ini dipadamkan kerana ia bukan saja menjejaskan Pulau Pinang tetapi juga Malaysia secara keseluruhannya.
Sementara itu pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu penyebaran video bertajuk 'Acara Sukan Bogel di Teluk Bahang' yang disebarkan secara meluas di laman sosial.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, polis juga akan mengesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur.
"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya ketika dihubungi.
0 comments:
Post a Comment