Leave a Comment

Cara Semak 'Blacklist' CTOS & CCRIS







CARA SEMAK 'CTOS'
Credit Tip Off Service (CTOS)

CTOS Sdn. Bhd adalah sebuah badan syarikat yang mengumpulkan maklumat data-data kewangan peribadi seseorang individu atau syarikat seperti perintah saman, notis kebankrapan dan perintah muflis. Kesemua maklumat ini diambil dan diletakkan ke satu pengkalan data untuk tujuan semakan, samada daripada pihak bank (yang memang selalu pakai CTOS ini) mahupun individu perseorangan.

CTOS biasa dikaitkan dengan Blacklist tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank & institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman panel.

CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam.

Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.

Semakan Data CTOS

Sekiranya anda ingin tahu sama ada nama anda tersenarai dalam CTOS anda boleh melawat laman web CTOS Sdn Bhd atau melawat CTOS service centre di:
CTOS Sdn. Bhd Unit A-8-4,8th Floor, Megan Megan Avenue 1, No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur, Malaysia Tel: 603-27708833 Fax: 603-27708834
Laman web : http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/home.htm



Kini CTOS Sdn. Bhd. sudah mula membangunkan laman web online khas kepada individu mahupun syarikat untuk membuat semakan sendiri atau “Self-Check” CTOS dengan mendaftar di laman yang disediakan. Berikut di bawah kami tunjukkan cara-cara mendaftar untuk membuat semakan CTOS dan mendapatkan report atau penyata CTOS anda secara online.

Pergi ke https://ctosid.ctos.com.my/ctosid/Welcome? 


Untuk memulakan pendaftaran anda, sila klik pada “Register CID”

CTOS service centre juga boleh membantu anda:

(1) mendapat customer training
(2) memperbetulkan maklumat salah disebabkan kesilapan dalam sistem
(3) merekodkan settlement hutang lama dalam sistem

Cara Semak CCRIS

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS)
Central Credit Reference Information System (CCRIS)

CCRIS memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Data ini akan dibekalkan semula kepada institusi kewangan yang memohon untuk mendapatkan maklumat kredit pelanggan.

Sistem CCRIS dikendalikan oleh Biro Kredit yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan telah beroperasi sejak tahun 1982. Biro Kredit Bank Negara Malaysia, seperti biro kredit lain di seluruh dunia, pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

Institusi kewangan menyediakan kemudahan kredit kepada pelanggan sama ada untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Bagi membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan berkenaan permohonan kredit, institusi kewangan tersebut memerlukan maklumat terkini dan tepat mengenai bakal pelanggan mereka. Oleh itu, maklumat dalam laporan kredit boleh membantu institusi kewangan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berhubung dengan permohonan kredit.

Bagaimana cara untuk semak laporan kredit CCRIS?

Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.

1) Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

Bagi anda yang pertama kali hendak pergi ke Bank Negara Malaysia, diberikan panduan mudah untuk anda ke sana:
*Bangunan Bank Negara adalah bertentangan dengan Bangunan DBKL (berdekatan Dataran Merdeka). 


*Anda perlu melalui bulatan di belakang dataran yang menghubungkan Jalan Parlimen, Jalan Kuching dan Jalan Kinabalu.
*Dalam bulatan tersebut, ikut arahan papan tanda ke Jalan Sultan Salahudin dan pergi ke arah Stesen KTM Bank Negara. 


*Pintu masuk adalah berdekatan selepas stesen komuter Bank Negara dan seterusnya masuk ke kanan.
*Selepas masuk gate bank negara, jalan terus sampai ke hujung. Jangan ikut arah “parking” selepas gate, sebab kiosk semakan CCRIS adalah di Block D, iaitu dihujung sekali betul-betul di pintu keluar.

Apabila anda masuk ke Bank Negara, teruslah pergi ke CCRIS Kiosk yang disediakan. Tidak perlu untuk ambil nombor giliran atau ke mana-mana kaunter. Hanya masukkan MyKad anda dan terus cetak. Perkhidmatan ini adalah PERCUMA!

Anda juga boleh memohon semakan data dalam sistem CCRIS di laman web mereka:
creditbureau.bnm.gov.my

0 comments:

Post a Comment