5 comments

Kisah Sebenar Di Sebalik Kejadian Pekerja KFC Memukul Pelanggan



Sila klik gambar snapshot di atas untuk paparan yang lebih besar...














Baru-baru ini telah tersebar rakaman video pergaduhan di KFC I-City, Shah Alam,Selangor.Rakaman video pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.memaparkan sekumpulan pekerja KFC di situ cuba membelasah seorang pelanggan mereka.



Akibat dari insiden tersebut pihak KFC Holdings (Malaysia) Berhad telah memohon maaf di laman sosial FB KFC.Insiden pekerja KFC membelasah pelanggan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang telah melihat kejadian tersebut secara LIVE atau yang telah menonton VIDEO kejadian tersebut yang telah tersebar secara meluas di internet.



Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam,dalam keadaan marah pelanggan tersebut telah menghamburkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap pekerja-pekerja KFC di situ,para pekerja KFC yang marah dengan hamburan kata-kata kesat yang berbaur perkauman oleh pelanggan tersebut telah hilang sabar lalu terus bertindak membelasah pelanggan tersebut.







Gambar-gambar snapshot dari rakaman video pergaduhan antara kakitangan KFC dengan seorang pelanggan yang berlaku di KFC I-City, Shah Alam,Selangor baru-baru ini.



Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.



Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.Syarikat itu juga telah menggantung kakitangan yang terlibat dalam insiden berkenaan, serta kakitangan lain dalam pasukan tersebut.

5 comments:

  1. pffttt.......dua2 tak sabar.......

    ReplyDelete
  2. nape customer len x tlg? heran... msty ade sbb customer len x tlg gak...

    ReplyDelete
  3. tunggu siasatan dulu.. x tau sapa salah sapa benar..

    ReplyDelete
  4. marah pun jangan sampai maki dan menyebut keturunan. kalau saya yg dihina pasti orang tu menderita secukupnya

    ReplyDelete
  5. cina KELANTAN saja yg ada adab,,mana ada cina klantan brani buat hal.klau buat hal jgak sakit la weii...huhuhu

    ReplyDelete