Leave a Comment

10 Tips Penjagaan Kamera








Bila dah ada kamera, banyak pantang larang yang perlu korang patuhi supaya kamera sentiasa dalam keadaan yang baik. Tak kisahlah korang beli compact atau DSLR, penjagaan kamera patut diberi perhatian serius, kalau tak, sia-sialah duit yang korang laburkan untuk beli kamera. Kadang-kadang aku sendiri pun ambik ringan dalam bab-bab jaga kamera ni, maklumlah lelaki kan..hehe.. Tapi bila difikirkan balik, dah habis kira-kira 4 ribu untuk kamera, kenalah jaga betul-betul, nanti rosak sendiri jugak yang susah.

Sesiapa yang ada DSLR tu patut beri perhatian lebih kat kamera korang mulai sekarang sebab DSRL lebih sensitif dan mudah rosak berbanding kamera kompak. Tak seperti kamera kompak, DSLR bukan saja ada komponen elektronik, tapi komponen mekanikal yang maha sensitif pun ada. So kalau jatuh kemungkinan untuk rosak sangat besar berbanding kamera compact. So kat sini aku nak kongsi sikit tips nak jaga kamera sama ada compact atau DSLR.

    1. Bersihkan lepas guna

    Guna perlalatan yang sesuai seperti blower dan microfiber cloth. Pastikan kamera bersih dari habuk, pasir dan air.

    2. Elak dari sinaran matahari yang berterusan
    Jangan biarkan kamera korang berjemur, nanti kamera korang sunburn..hehe..

    3. Elak terkena air

    Anggap ke kamera korang tu macam kambing, tak boleh kena air langsung. Kalau terkena jugak, terus lap dengan kain kering. Lepas tu simpan dalam drybox. Kalau takda drybox, simpan dalam container pastu letak silika gel yang korang selalu jumpa dalam kotak kasut untuk menyerap kelembapan. Kalau korang biarkan kamera dalam kelembapan yang tinggi, kemungkinan besar fungus atau kulat akan membiak terutama kat lens yang boleh menjejaskan kualiti gambar. Kos nak bersihkan fungus pun bukan murah, dalam RM100 ke atas.

    4. Gantung
    Jadikan menggantung kamera di leher sebagai habit. Tak pun korang lilitkan strap atau tali kamera kat tangan supaya kamera tak jatuh berkecai di lantai. Hati korang pun akan berkecai sekali..hehe.

    5. Gel Silika

    Wajib ada dalam beg kamera korang untuk menyerap kelembapan.

    6. Filter

    Masa mula-mula beli kamera seeloknya beli filter sekali untuk setiap lens. Kalau korang beli 2 lens, pastikan dua2 lens ada filter, kalau 20 lens, maknanya beli 20 filter..hehe.. Boleh pakai UV filter atau pun CPL filter. Filter sangat penting untuk elak lens terkena habuk. Lens pulak bukannya korang boleh lap macam tu je sebab nanti akan merosakkan coating lens.

    7. Screen Protector

    Kalau sayang screen kamera tu bolehlah pasang. Kalau tak sayang pun kena pasang jugak sebab kos nak tukar screen bukannya murah. Paling bagus pakai yang hard cover, takut2 terhentak screen tu, takla pecah.

    8. Pasir

    Seelok-eloknya elakkan bawak dslr di tepi pantai atau tempat yang berpasir sebab pasir boleh masuk di celah2 lens dan button kamera. Paling parah kalau masuk dalam lens sebab boleh menyebabkan lens “jam”. Kalau nak bawak jugak, balut dslr korang dengan kain atau plastik.

    9. Jangan, jangan dan jangan

    Jangan pegang kamera korang jika tangan tak bersih terutama selepas memegang losyen, sunblock, minyak rambut dan apa-apa jenis pun produk penjagaan diri. DSLR terutamanya amat sensitif dengan produk-produk seperti ini. Basuh tangan terlebih dahulu dan keringkan dengan kain sebelum pegang kamera.

    10. Sejuk ke panas

    Kalau korang bawak kamera di tempat yang sejuk cth bilik berhawa dingin dalam jangka masa yang lama, pastikan korang tak keluarkan kamera dari beg secara mengejut bila keluar dari bilik berhawa dingin atau ke tempat yang lebih panas. Kalau korang buat macam tu, proses kondensasi atau wap air akan terhasil dalam kamera & kemungkinan kamera korang dijangkiti fungus sangat tinggi. Untuk elakkan perkara ni berlaku, biarkan kamera dalam beg, dalam 15- 20 minit sehingga suhu kamera sama dengan persekitaran. Pastu baru korang boleh keluarkan kamera dari dalam beg.

InsyaAllah kalau sempat aku akan tunjuk cara nak bersihkan kamera dengan betul. Kalau korang ada tips-tips lain, boleh share2 kat blog ni.

Kredit Sumber: TarmiziShukri.Com

0 comments:

Post a Comment