Leave a Comment

Gambar Wajah-Wajah Ngeri Penagih Dadah 'Syabu'






Salah satu daripada jenis dadah yang sering disalah gunakan di dunia ialah Methamphetamine atau lebih dikenali Syabu di Malaysia atau Ice.

Undang Undang Malaysia sudah menetapkan hukuman mati mandatori ke atas mereka yang memiliki Dadah dalam berat tertentu mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Namun, itu tidak menghalang manusia daripada terus mengedar, memiliki, menagih, menyalah guna dan mengeluarkan dadah.

Kesan-kesan serius penagihan dadah Syabu atau Methamphetamine ke atas manusia ini amatlah menakutkan.

Bukan sahaja menyebabkan manusia itu mempunyai tahap ketagihan yang kronik, malahan juga wajah dan keadaan fizikal mereka berubah menjadi buruk dan mengerikan.

Gambar gambar ini telah dikeluarkan oleh pihak Polis Amerika Syarikat bagi merekodkan kesan penagihan dadah Syabu selepas tempoh beberapa tahun.

Lihatlah wajah mereka bertukar dari kacak dan tampan lagi bergaya kepada kurus kering, hodoh dan menakutkan

Oleh itu janganlah sesekali anda cuba mendekati dadah,kerana kesan jangka panjang dari penagihan dadah ini akan membuatkan anda menyesal seumur hidup.





















0 comments:

Post a Comment