Leave a Comment

'Blogger Seks' Alvin Tan Mohon Maaf Kepada National University of Singapore (NUS)



Alvin Tan sejurus keluar dari dewan universiti NUS selepas sesi pendengaran tatatertib. 




SINGAPURA: Blogger seks, Alvin Tan memohon maaf kepada National University of Singapore (NUS) kerana membawa “nama buruk” kepada universiti itu.

The Strait Times memetik Tan sebagai berkata perbicaraan tatatertib NUS berhubung blognya bahawa dia melakukannya atas “masa peribadinya sendiri sebagai individu perseorangan dan bukan sebagai penuntut NUS.”

“Apa yang saya buat adalah jenayah tanpa mangsa. Tiada siapa yang benar-benar dicederakan atau disakiti atas tindakan ini," katanya kepada laman web The Strait Ties.

Tan, keluar dari dewan universiti NUS kira-kira pukul 3.50 petang pada Rabu selepas sesi pendengaran selama 90 minit.

Dia kelihatan tenang dan dengan terbuka bercakap kepada media yang menemuinya.

Tan berkata, belum terdapat sebarang keputusan dari sesi yang dijalankan oleh lima ahli lembaga universiti.

“Mereka memberitahu saya akan mengetahuinya dalam tempoh tujuh hari. Suasana pendengaran itu begitu serius,” katanya.

Terdahulu, penuntut jurusan undang-undang itu tiba di NUS pada kira-kira pukul 2.20 petang tanpa ditemani teman wanitanya, Vivian Lee, 23.

Tan, yang merupakan pemegang biasiswa hadir berpakaian kasual dengan kemeja-T merah, seluar jeans dan topi gaya ‘beanie’ yang berwarna-warni, di mana dia pernah memakainya dalam salah satu rakaman video.

Oleh YEE XIANG YUN

0 comments:

Post a Comment