LONDON: Sambil bergaya di hadapan kamera komputer, dengan bibir seperti kudup mawar dan kulit wajah yang licin, Venus Palermo bercerita di hadapan berjuta peminatnya.
Venus bukanlah bintang pop atau model. Dia yang berusia 15 tahun, berasal dari London dan berpakaian seperti patung.
Mekap dan bedak berwarna putih menjadikan warna kulitnya seperti porselin dan matanya kelihatan seperti anak patung kerana dia memakai kanta lekap berbintik berwarna coklat dan bulu mata palsu.
Dia memilih warna pastel untuk pakaiannya dan sering dilihat mengenakan gaun yang biasanya sesuai untuk kanak-kanak perempuan.
Penampilannya menjadikan remaja Britain itu terkenal di internet. Lebih 30,000 orang melanggan saluran Youtube rasminya, ditambah lagi 20,000 pengikut di laman sosial Twitter dan Facebook.
Dia mempunyai 85 video tutorial di laman Youtube, VenusAngelic, dan ditonton 10 juta kali. Satu videonya mengajar sesiapa yang mahu kelihatan seperti patung, ditonton 1.6 juta kali.
Lebih Rela Anaknya Seperti ‘Living Barbie Doll’
Gambar Venus Palermo bersama ibunya Margaret Palermo.
Setiap ibu bapa semestinya gembira apabila dikurniakan anak-anak dalam hidup mereka kerana anak itu mampu memberikan cahaya kebahagian setiap hari.
Jika betul cara pembentukan dan pembesaran anak-anak dari kecil, maka akan eloklah gaya dan cara kehidupan mereka di waktu usia muda dan dewasa.
Pun begitu, masih lagi ada ibu bapa yang risau dengan kehidupan seharian anak-anak kerana jika terlepas pandang, macam-macam masalah yang boleh ditimbulkan dalam sesebuah institusi keluarga.
Berbeza bagi seorang ibu warga England, Margaret Palermo, tidak pernah menghalang anak gadisnya, Venus, 15 ‘menghambakan’ dirinya kepada dunia kartun anime Jepun.
Kerana terlalu taksub dengan kartun anime Jepun, Venus sanggup berpakaian dan mendandan dirinya seperti ‘living doll’ setiap masa.
Venus selalu memuat naik video cara-cara dia berdandan dengan pakaian anime kartun Jepun dan keadaan itu menimbulkan persoalan kepada orang ramai di negara tersebut.
Bagi Margaret, tindakan dan perwatakan yang dilakukan oleh anak gadisnya itu langsung tiada salah kerana anaknya sentiasa berkelakuan baik dan jika dihalang minatnya, dia yakin Venus akan lebih cenderung untuk bersosial.
“Saya tiada masalah dengan personaliti dan minatnya, lagi pun, mukanya sudah seperti ‘living doll’. Saya akan lebih takut sekiranya dia menjadi gadis biasa yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan merokok selepas berparti hingga menyebabkan dia mengandung,” kata Margaret seperti dalam Mail Online.
Venus yang lebih dikenali sebagai Venus Angelic dalam dunia siber mempunyai hampir lebih dari 78 video yang dimuat naik ke dalam laman You Tube yang banyak mengajar remaja-remaja lain bagaimana untuk berpakaian seperti patung dan teknik-teknik solekan yang betul.
Malah, laman sosial Facebooknya sendiri mempunyai lebih dari 13,000 orang peminat.
0 comments:
Post a Comment