Rakan-Rakan Facebook Bantu Pesakit Kanser Untuk Berkahwin
London – Tom Cooper, 25, akhirnya berjaya mengikat tali perkahwinan dengan teman wanitanya, Tammy, 23 dengan kos perkahwinan disumbangkan oleh rakan-rakan Facebooknya selepas mereka mendapat tahu dia mengidap kanser dan berada di ambang maut.
Dia dan pasangannya itu sebelum ini begitu berharap agar anak-anak mereka, Tienna, 4 dan Ziani, 20 bulan dapat menyaksikan perkahwinan tersebut.
Namun kanser yang dialaminya telah menyebabkannya semakin uzur dan tidak mampu bekerja lagi.
Bagi membolehkan perkahwinan itu dilangsungkan sebelum dia menutup mata, Tom dan Tammy telah meminta sumbangan melalui facebooknya.
Rakan-rakan dan anggota keluarga yang simpati dengan nasibnya itu berjaya mengumpul sumbangan sebanyak £20,000 dalam masa hanya empat minggu.
Mereka akhirnya berjaya melangsungkan perkahwinan tersebut.
Menurut Tammy, perkahwinan itu adalah sesuatu yang diimpikannya selama ini.
0 comments:
Post a Comment