Leave a Comment

5 Petanda Awal Penyakit Jantung





Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang.Sebelum ia menjadi semakin parah,ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal.



1. Sakit Dada

Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.



2. Sukar Bernafas

Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring.  Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.  Keadaan nafas yang sesak juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.



3. Kurang Selera Makan

Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang mengakibatkan berkurangnya selera makan. 



4. Sering Rasa Lelah Penat

Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.



5. Kerap Buang Air Kecil

Intensiti buang air kecil yang kerap juga boleh menjadi simptomnya.  Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari.  Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.



0 comments:

Post a Comment