Leave a Comment

Pembedahan Rumit Untuk Membuang Tumor Seberat 90kg





Vietnam – Selepas melalui pembedahan mendebarkan selama 12 jam, akhirnya penderitaan Nguyen Duy Hai sejak 27 tahun lalu berakhir apabila tumor seberat 90 kilogram yang tumbuh di bahagian kaki kanannya itu berjaya dibuang oleh sekumpulan doktor diketuai seorang pakar dari Amerika Syarikat.

Pembedahan berkenaan dijalankan di sebuah hospital Perancis-Vietnam di Ho Chi Minh City dan diketuai oleh Dr. Mckay McKinnon, yang sebelum ini bertanggungjawab membuang tumor seberat 80 kilogram daripada seorang wanita Romania.







Dalam pembedahan terbaru ini, McKinnon tidak mengenakan sebarang caj manakala kos lain untuk pembedahan berkenaan ditanggung melalui derma orang ramai.

Sementara itu, sebaik mengetahui Nguyen selamat, keluarganya tidak dapat menahan perasaan gembira mengenangkan lelaki berusia 31 tahun itu yang sekian lama menderita akibat tumor berkenaan.

Nguyen menghidap penyakit berkenaan yang dikaitkan dengan genetik sejak berusia empat tahun dan ketika berusia 17 tahun, sebahagian daripada kakinya itu terpaksa dipotong bagi mengelakkan tumor berkenaan merebak, namun ia tidak berjaya.

Sebaliknya tumor berkenaan semakin membesar menyebabkan dia tidak boleh berjalan selain berdepan kesukaran untuk tidur.AFP

0 comments:

Post a Comment