Leave a Comment

Berkahwin Selepas 33 Tahun Bercinta

Gambar Vera Lawrence sedang menandatangani dokumen perkahwinan mereka.



SUFFOLK - Pasangan warga emas Robert Whittle, 84, dan Vera Lawrence, 93. akhirnya melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka di Beccles, Suffolk pada Ahad lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama 33 tahun.



Pasangan pengantin baru warga emas Robert Whittle dan Vera Lawrence begitu gembira dengan perkahwinan bersejarah mereka ini.

Selepas lebih tiga dekad menjadi pasangan kekasih, Lawrence memutuskan untuk melamar Whittle kira-kira lima minggu lalu.Robert dan Vera telah bertemu disebuah kelab tempatan dan hubungan cinta mereka telah menjadi semakin mekar selepas mereka berpasangan dalam satu pertandingan.



Dalam satu kenyataan, perunding perkahwinan, The Rev Beauchamp menyatakan mereka rasa sangat berbesar hati untuk menguruskan majlis hari bersejarah pasangan bahagia itu.Menurut The Beauchamp Rev lagi,ini adalah kali pertama mereka menguruskan sebuah majlis perkahwinan bagi pasangan yang telah berumur lebih daripada sembilan puluh tahun.

0 comments:

Post a Comment