Leave a Comment

Pelajar Lelaki Melayu Tajaan Petronas 'Kahwin' Dengan Lelaki Mat Salleh





GAMBAR perkahwinan pasangan gay melibatkan seorang pemuda Melayu dan lelaki Inggeris.



KUALA LUMPUR 16 Dis. – Seorang pemuda Melayu yang juga merupakan pelajar tajaan Petronas mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.
Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.



Lebih mengejutkan,pelajar tersebut yang benama Ariff Alfian Rosli berusia lingkungan 20-an itu juga adalah tokoh pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 2001.



Menurut maklumat yang disiarkan di beberapa blog hari ini, pemuda tersebut didakwa mendapat tajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

Dia dihantar ke UK untuk membuat A Level sebelum mengikuti pengajian praklinikal di Universiti College Dublin (UCD) pada 2003.Bagaimanapun, dia dilaporkan gagal menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan.



Akhbar pada Ahad melaporkan pemuda tersebut yang dilaporkan hilang oleh keluarganya disahkan berada dalam keadaan selamat oleh Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam.



Menurut Ramli yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, pihak kedutaan maklum tentang kehadiran pemuda itu di negara tersebut sejak dia masih dalam pengajian di UCD lagi.



Bagaimanapun, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.















GAMBAR yang diambil daripada sebuah laman web, perkahwinan pasangan gay melibatkan seorang pemuda Melayu dan lelaki Inggeris bergambar bersama jemputan di suatu lokasi dipercayai di luar negara.



Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.
Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.
Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.
Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.
Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.



0 comments:

Post a Comment