Leave a Comment

Tujuh Tahun Tidur Dengan Mayat Isteri..





HANOI - Seorang lelaki di Vietnam mengaku yang dia  tidur bersama mayat isterinya yang sudah lama meninggal. Selama tujuh tahun, lelaki tersebut tidur satu katil dengan mayat isterinya itu.



Le Van mengakui telah menggali kubur isterinya yang telah meninggal pada 2004 lalu. Sejak dari itu lelaki yang mempunyai tujuh anak ini terus hidup bersama mayat isterinya. Menurut berita dari  The Telegraph, Rabu (28/9/2011).


Kes ini telah mendapat perhatian dari media Vietnam. Pihak berkuasa setempat juga telah mendesak lelaki berusia 57 tahun tersebut untuk menguburkan kembali mayat isterinya itu.










Sebenarnya tiada sebarang undang-undang di Vietnam yang melarang mayat isterinya di simpan  di dalam rumah.Tetapi pihak berkuasa beranggapan mayat isteri Le Van tersebut telah menjadi satu bentuk pencemaran udara kepada persekitaran kejiranannya itu.Tetapi Le Van sendiri dengan tegas menolak untuk mematuhi desakan pihak keselamatan Vietnam supaya menguburkan kembali mayat isterinya itu.


Kisah Le Van ini telah menarik perhatian pelbagai pihak. Berulang kali kisahnya dimuat di media Vietnam, Le Van bahkan sudah beberapa kali gambar-gambar beliau dan mayat isterinya di ambil di depan rumahnya dan di dalam bilik tempat keranda tempat isterinya disimpan.


Keranda yang di buat dari tanah liat itu dibentuk dan dilukis seperti tubuh seorang perempuan.Keranda itu juga dipakaikan dengan pakaian perempuan. 


0 comments:

Post a Comment