Leave a Comment

Kisah Pelik Seorang Lelaki Yang Tidak Mandi Lebih 37 Tahun

http://akubudakkola.blogspot.com

                           Kailash Singh bersama isterinya Kalavathi Devi



Mungkinkah lelaki ini manusia paling berbau busuk di dunia?  Kailash Singh, 65, tidak pernah mandi dan memotong rambutnya yang sudah mencapai 6 kaki panjang sejak tahun 1974, sejurus selepas beliau berkahwin dengan isterinya Kalavati Devi, 60 tahun.



                                                   Kailash Singh

Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, alasannya adalah kerana beliau amat  percaya dengan  nasihat seorang tok guru bahawa dia akan mendapat seorang anak lelaki bertuah sekiranya mengamalkan petua tidak mandi.  Kailash Singh kini mempunyai 7 orang anak perempuan. Isterinya pernah mengugut tidak mahu tidur dengannya namun sia-sia saja kerana Kailash Singh tetap bertegas dengan tindakannya itu.



                                     Ritual setiap malam Kailash Singh



Setiap hari Kailash Singh akan menghabiskan hari-harinya dengan lembu peliharaannya dalam cuaca sangat panas mencecah 47C.  Namun dia hanya melakukan 'pembersihan' dengan 'mandi unggun api' pada setiap malam sambil menghisap marijuana, berdoa kepada Tuhan Hindu Siva dan menari di sekeliling unggun api.



'Beliau lebih rela mati daripada mandi dan hanya seorang anak lelaki boleh menukar fikirannya. Ia telah berlalu bertahun-tahun dan  kini saya sudah biasa dengan keadaannya



"Saya belum mempunyai anak lelaki, jadi saya tidak akan membersihkan diri  saya.Mungkin apabila saya dilahirkan semula barulah saya akan mandi," katanya. [akubudakkola.blogspot.com]

0 comments:

Post a Comment