KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 19 tahun yang dipercayai mengikut teman lelaki baru dikenali sejak tiga bulan lalu dirayu pulang memandangkan keluarga amat merinduinya di Kampung Durian Daun, Kok Lanas di sini.
Gadis berkenaan, Nur Aida Hassan mula menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu, berubah perangainya selepas mengenali lelaki yang dipanggil ‘Eri’ dipercayai berasal dari Sabah dan berbangsa Dayak yang cuba membantunya mendapatkan pekerjaan di sebuah Kilang di Johor Bharu.
Menurut bapanya, Hassan Dollah, 61, sebelum ini Nur Aida pernah memperkenalkan teman lelakinya itu kepada dirinya, selepas dia berkenalan dengan lelaki itu ketika mengikut ibu saudaranya ke Kuala Lumpur.
“Teman lelakinya (‘Eri’) pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Noraida, lalu saya suruh dia bawa keluarganya untuk bertemu dengan saya. Tetapi sehingga ke saat ini tiada tanda-tanda yang dia akan membawa keluarganya, malah melarikan anak saya pula.
Lelaki yang dikenali sebagai ‘Eri’ yang dikatakan melarikan Nur Aida.
Hassan menunjukkan laporan polis yang dibuat pada 3 Mac lalu di Balai Polis Ketereh.
“Saya cukup sedih dengan keadaan ini kerana anak saya yang merupakan anak keenam dari 12 beradik itu, tidak pernah melawan cakap saya sebelum ini namun selepas mengenali lelaki itu dia mula berubah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.
Hassan berkata, apa yang dibimbangkan, Noraida juga pernah memberitahu kakaknya yang tinggal di Kedah melalui telefon, supaya tidak lagi menghubunginya kerana dia akan mengikut lelaki itu ke Sabah dan kawasan itu tidak mempunyai liputan talian yang jelas.
“Saya merasakan anak saya telah kena buatan orang memandangkan dia langsung tidak mengingati keluarga dan tidak lagi bekerja malah talian telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi sehingga kini,” dakwanya.
Harapan Hasaan ialah jika sesiapa pernah terlihat atau mengenalinya boleh terus berhubung dengan keluarga di talian 019-9142008 atau 014-8066947.
Oleh Mohd Zailani Abdul Rahman
0 comments:
Post a Comment