LONDON - yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar MailOnline semalam.
Mariam, 55, turut mendakwa pengawal peribadinya itu, Fatimah Kumin Lim telah menggantikan berlian yang dicuri dengan replika tidak berharga.
Fatimah Kumin Lim telah menukarkan cincin berlian asli dengan cincin berlian replika palsu.
Menurutnya, Fatimah, 34, mencuri seutas gelang berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian bernilai £8.7 juta (RM41.5 juta) pada 2008 dan 2009.
Wanita berkenaan didakwa mencuri barang kemas tersebut bagi membayar hutang judinya.
Peguam Mariam, Max Mallin memberitahu Mahkamah Tinggi Britain bahawa Fatimah mengaku mengambil semua berlian itu ketika ia disimpan di kediaman majikannya yang berharga £1.7 juta (RM8.1 juta) di Kesington.
Mallin berkata, Fatimah membuat pengakuan itu apabila dia disoal siasat polis di Brunei.
Namun, Mallin berkata, Fatimah kini mendakwa pengakuan tersebut diperoleh secara paksaan.
Jelasnya, dia telah diarahkan oleh Mariam supaya menjual berlian-berlian itu bagi membayar hutang judi Mariam.
Anakanda Sultan Brunei,Afifa Abdullah
Fatimah berkata, bekas keluarga diraja itu menggunakan namanya untuk berjudi.
Mahkamah tinggi berkenaan turut diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya supaya meminjamkan sebentuk cincin berlian biru dan sebentuk cincin berlian kuning yang kemudian tidak pernah dipulangkan.
Menurutnya, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin itu dua kali iaitu pada November dan Disember 2009.
Fatimah yang tidak menghadiri perbicaraan tersebut, turut didakwa mengambil seutas gelang tangan berlian daripada majikannya pada 2008 dan menjual barang kemas itu.
Mariam menuntut ganti rugi nilai keseluruhan gelang tangan tersebut dan membuat satu lagi tuntutan mahkamah supaya cincin berlian biru dan kuning itu dipulangkan kepadanya.
Kedua-dua cincin tersebut kini berada dalam tangan seorang peniaga yang dipercayai membeli barang kemas berkenaan di Geneva, Switzerland.
Mariam bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun 2003.
- Agensi
0 comments:
Post a Comment