Leave a Comment

Trend Pembedahan Hidung Oleh Artis Bollywood



Inilah sebahagian dari artis-artis jelita Bollywood yang telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung supaya kelihatan lebih cantik dan menawan.Pembedahan hidung artis-artis ini sangat berjaya sehinggakan mampu membuatkan mereka semakin cantik dan popular?

Mereka yang terlibat dalam industri hiburan selalunya dituntut supaya tampil menawan.Adalah tidak menghairankan jika ramai artis wanita sanggup berhabisan demi melakukan pembedahan plastik supaya wajah mereka menjadi lebih cantik dan sempurna.


Meskipun kebanyakan hasil 'pembedahan plastik' seringkali gagal, namun ada beberapa orang artis yang telah berjaya mengubah bahagian wajah mereka menjadi lebih menarik dari wajah asalnya. Kebanyakannya bahagian wajah yang sering diubah dengan pembedahan plastik adalah hidung.


Fenomena artis mengubah bentuk hidung juga banyak dilakukan oleh artis-artis Bollywood .
Beriut aalah  beberapa orang artis Bollywood yang telah berjaya melakukan pembedahan hidung dengan jayanya:

Priyanka Chopra

Pemenang Miss World 2000 ini telah melakukan operasi plastik pada bahagian hidungnya secara berperingkat dan hasilnya adalah  sangat memuaskan.Bahkan penampilannya terlihat semakin cantik dan begitu semulajadi.

Shilpa Shetty

Penampilan wajahnya mengalami perubahan drastik. Di antara banyak perubahan yang dibuat untuk tubuh dan wajahnya, perubahan hidung yang lebih mancung membuatnya kelihatan jauh berbeza. Shetty kini memiliki hidung lebih tajam. Tapi, tidak seperti Priyanka, Shetty melakukan 'make over' secara drastik.

Sridevi

Wajah Sridevi pasti selalu melekat di hati para peminatnya. Jika melihat hidung Sridevi sebelumnya, pasti Anda tak menduga bahwa itu adalah Sridevi. Sebelum melakukan pembedahan plastik, hidungnya begitu besar dan lebar.Kerana hilang keyakinan diri dengan bentuk hidungnya,Sridevi memutuskan untuk merampingkan hidungnya,hasilnya benar-benar menakjubkan.

Minissha Lamba

Tidak semua perubahan penampilan wajah ataupun hidung boleh mendatangkan kejayaan. Meskipun telah berjaya mencantikkan diri dengan melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya, Minisha telah gagal menerima tawaran berlakon berterusan.Ternyata make over wajah tidak menjamin seseorang itu menggapai kejayaan dalam dunia hiburan. Minnisha terus lenyap dari dunia hiburan walaupun telah berjaya mengubah penampilan hidungnya menjadi cantik.

Namun, selain empat selebriti di atas yang sukses melakukan pembedahan hidung, ada seorang artis ini yang telah gagal  mendapatkan bentuk hidung seperti   yang di inginkan. Artis itu adalah:

Koena Mitra


Salah seorang selebriti India yang telah gagal melakukan make over di bahagian hidungnya adalah Koena. Rupanya dia tidak menginginkan penampilan hidungnya yang bulat dan akhirnya memutuskan untuk menjadikannya lebih mancung. Namun, hasilnya lebih mengecewakan. Bahkan ia memutuskan untuk mendapatkan kembali bentuk asal hidungnya, tetapi hasilnya semakin mengerikan. Dia kelihatan seperti boneka plastik.

0 comments:

Post a Comment