Leave a Comment

Gempar!! Lelaki Berubah Menjadi Wanita Selepas Menggunakan Pil Penyubur Rambut




William McKee berubah menjadi wanita selepas menggunakan Pil  Propecia.















Pil  Propecia.




MASALAH keguguran rambut bukan sahaja merunsingkan wanita malah kaum lelaki. Antara rawatan yang paling mendapat sambutan di seluruh dunia bagi mengawal masalah itu ialah pengambilan pil Propecia oleh lelaki.

Keberkesanan pil itu sememangnya tidak diragui. Ia berfungsi dengan menukarkan hormon testosteron kepada dihidrotestosteron sekali gus menggalakkan pertumbuhan rambut normal.

Bagaimanapun, pengambilan pil itu secara berterusan dikatakan memberikan kesan sampingan yang mengejutkan.

Baru-baru ini, seorang jurutera perisian komputer dari Tampa, Florida, Amerika Syarikat (AS), William McKee, 38, mendakwa dia mengalami perubahan fizikal yang mendadak selepas sembilan bulan mengambil pil itu.

Menurut McKee, antara perubahan fizikal itu termasuklah penambahan ukur lilit pinggul serta dada.

“Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku pada diri saya sejak mengambil preskripsi itu. Walaupun saya telah berhenti mengambilnya, kesan pil itu masih ada sehingga ke hari ini.

“Menurut doktor, pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelakian saya hilang sedikit demi sedikit,” kata McKee dalam satu temu bual.

McKee yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya menjelaskan, dia berazam untuk meneruskan proses transisi itu dan seterus berubah menjadi wanita sepenuhnya.

Lain pula kisahnya dengan seorang lagi lelaki AS, Kevin Malley, 31. Atas nasihat doktor, dia mengambil pil tersebut selama lebih kurang lima bulan. Akibatnya keinginan seksnya semakin menurun dan dalam masa yang sama, saiz alat kelaminnya terus mengecut.

Hormon

“Saya hanya mahu pengeluar ubat itu sedar bahawa ubat itu mampu merosakkan hidup pengguna di seluruh dunia. Saya ialah salah seorang daripada mereka,” katanya.

Menurut Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Eeson Sinthamoney, pengguna di negara ini seharusnya tidak mengambil Propecia dalam dos yang berlebihan. Ini kerana wujud elemen antiandrogen dalam ubat itu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesuburan kaum lelaki.

“Ciri kelelakian setiap individu bergantung pada jumlah hormon androgen yang ada padanya. Jenis hormon androgen utama bagi kaum lelaki dikenali sebagai hormon testosteron.

“Masalah keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki pula sangat berkait rapat dengan penghasilan hormon androgen yang terlalu tinggi di dalam tubuh.

“Jadi, apabila hormon androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut pula akan semakin berkurangan,” jelas Eeson mengenai sebab berlakunya masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.

Mengulas lanjut mengenai kesan positif Propecia, Eeson berkata, apabila pesakit mengambil pil itu, kandungan antiandrogen yang ada di dalamnya mampu menyeimbangkan hormon androgen sekali gus memulihkan masalah keguguran rambut.

“Kerana itu pesakit disarankan supaya mengambil pil Propecia dengan dos dan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan,” katanya.

Eeson menambah, apabila seseorang pesakit itu mengamalkan pengambilan pil ini secara berterusan ataupun mengambilnya secara berlebihan, tahap kesuburannya pasti akan terjejas, penghasilan sperma berkurangan manakala ciri kewanitaan mula kelihatan.

“Secara logiknya, apabila hormon yang membawa ciri kelelakian berkurangan di dalam tubuh, maka kecenderungan seksual dan keadaan fizikal turut berubah.

“Justeru, sebelum bercadang untuk mencuba sebarang jenis ubat-ubatan, individu yang mengalami masalah rambut gugur perlu mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” jelas Eeson.

0 comments:

Post a Comment