Leave a Comment

Pemandu Teksi Pulangkan Wang RM2.74 Juta Yang Tertinggal Dalam Teksinya



Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang dalam beg kertas hitam dalam teksinya.






WANG kertas berjumlah RM2. 7 juta yang ditemui Ka Tian di
dalam teksinya selepas ditinggalkan sepasang pelancong warga Thai
kelmarin. 



 

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi warga tempatan diumumkan sebagai wira selepas dia memulangkan wang tunai Sg$1.1 juta (RM2.74 juta) kepada pasangan pelancong Thai yang tertinggal wang itu dalam teksinya.

Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang dalam beg kertas hitam di tempat duduk penumpang belakang semalam selepas dia menurunkan pasangan itu di sebuah pusat beli-belah.


“Bila saya lihat wang itu, saya menyangka berdepan masalah. Saya pasti sekurang-kurangnya ada $200,000 (RM499,749) dalam beg itu,” kata pemandu teksi veteran yang sudah memandu teksi selama 31 tahun sepertimana dipetik daripada Straits Times.

Namun, bila dia membawa wang itu ke pejabat syarikat pengangkutan ComfortDelGro, rakannya yang menghitung wang itu terkejut mendapati ada RM2.74 juta dalam bentuk not kertas 1,000.


“Wang itu tidak penting buat saya. Ia bukan milik saya, jadi, bagaimana saya boleh gunakannya?,” katanya kepada akhbar berkenaan.


Sia menerima ganjaran wang tunai yang tidak didedahkan jumlahnya daripada pasangan terbabit dan syarikat pengangkutan itu juga bercadang memberinya ganjaran atas kejujurannya. - ST

0 comments:

Post a Comment