Leave a Comment

Video: Harimau Malaya Membaham Garuda



PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta, Indonesia, sebentar tadi. Harimau Muda menang 4-3 pada penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.





JAKARTA: 100,000 orang penyokong-penyokong skuad bolasepak Indonesia hanya bersorak untuk seketika sebelum terkedu dengan jaringan gol penyamaan dari pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd Asraruddin Putra Omar.



Para penyokong skuad Garuda yang membanjiri stadium Bung Karno sejak petang tadi bersorak kuat menggegarkan stadium apabila dihadiahkan jaringan gol awal pada minit ke 5 hasil tandukan pemain pertahanan tuan rumah, Gunawan Dwi Cahyo.



Bagaimanapun, sorakan tersebut berjaya ‘dibisukan’ apabila lebih kurang 15 minit kemudiaannya, Mohd Asraruddin bertindak membenamkan diri untuk menanduk masuk gol penyamaan untuk pasukan Harimau Muda, mengikat kedudukan perlawanan kepada 1-1.



Keputusan kekal kepada Malaysia dan Indonesia terikat dengan jaringan 1-1 sehingga tamat 90 minit masa permainan dan dalam permainan masa tambahan.Dalam penentuan melalui sepakan penalti,Skuad bimbingan Ong Kim Swee mempamerkan aksi membanggakan Malaysia apabila mempertahankan 'ibu pingat emas' apabila menewaskan tuan rumah Indonesia menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa penuh dramatik di Stadium Gelora Bung Karno.



Kejayaan Harimau Muda itu melengkapkan pingat emas ke-59 kontinjen negara di Sukan Sea ke-26.

















0 comments:

Post a Comment