Leave a Comment

Video: 40 Butir Peluru Bersarang Di kepala Seekor Anjing





Inilah kes yang paling buruk dan kejam terhadap seekor binatang. Seekor anjing telah ditembak 40 kali pada bahagian kepalanya, diikat kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidung terkeluar di permukaan pasir. Tetapi dengan Kuasa Tuhan, anjing itu masih hidup. Anjing jenis crossbreed mongrel yang diberi nama 'Star' oleh penyelamatnya itu apabila menjumpainya di Kota Birzebbuga, Malta. Anjing tersebut dijumpai oleh petugas-petugas yang ketika itu sedang menyelidik kes lain.



Ketika sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang ditindih sebatang kayu. Saat mememeriksa dari mana arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut kerana melihat seekor anjing dikubur dengan keadaan hanya hidung yang terkeluar di permukaan pasir.



Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut, kejutan lain pula terjadi. Keempat-empat kaki 'Star' diikat sehingga tidak boleh bergerak sama sekali. Kejutan demi kejutan ditemui. 'Star' didapati telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, pasukan perubatan berjaya mengeluarkan 40 peluru yang bersarang di kepala 'Star' dalam satu pembedahan yang sukar di Hospital Ta' Qali.



'Star' berjaya diselamatkan.Tetapi kejadian penganiayaan terhadap binatang ini telah menaikkan kemarahan masyarakat setempat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap kesalahan melakukan penganiayaan terhadap binatang mesti dinaikkan menjadi satu tahun penjara dan denda sebanyak GBP46,500. Kumpulan pencinta binatang juga  merancang mengadakan mogok diam sebagai satu bentuk protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Star' pada minggu hadapan.



0 comments:

Post a Comment