Leave a Comment

Rahsia Kehidupan Mewah Dan Bebas Keluarga Muammar Gaddafi Terbongkar...





Selepas runtuhnya tembok kebal Tripoli, kini terbongkar rahsia hidup mewah keluarga Muammar Gaddafi apabila istananya diserbu masuk oleh pasukan pemberontak . Antara yang menggemparkan ialah betapa mewah dan liarnya cara hidup Hannibal anak Gaddafi bersama isterinya rakyat Lubnan melalui gambar-gambar yang tersimpan dalam komputer riba milik Hannibal, 36 tahun.











Gambar-gambar hangat dan ghairah isteri anak Muammar Gaddafi bergambar berpakaian dalam di dalam bilik hotel mewah, di atas katil atau di pantai dengan beberapa gambar-gambar lucah turut ditemui.





Antara berpuluh-puluh keping gambar yang ditemui pada komputer riba Hannibal menunjukkan dia dan isterinya Skaff Aline berpesta menaiki pesawat peribadi, membeli-belah di butik mahal, belayar dengan kapal layar mewah di luar pantai dikelilingnya deretan botol alkohol yang diharamkan di Libya.



Pada satu ketika dulu pasangan ini pernah menimbulkan ketegangan diplomatik dengan Switzerland apabila mereka ditahan pada tahun 2008 di sebuah hotel mewah di Geneva kerana didakwa menyerang dua bekas penjawat awam

Gaya hidup mewah yang dinikmati oleh keluarga Gaddafi dan keluarganya telah mendorong mencetuskan api kemarahan rakyat Libya yang membawa kepada pemberontakan terhadap bekas diktator itu.

0 comments:

Post a Comment